Sunday 19 February 2017

Penunggu Rumah Tidak Berpintu di Tingkat 8


Salam fiksyen shasha,sy nk share kisah seram sy di rumah mak mertua sy.sila rahsiakan nama fb dan identiti sy.

Kejadian ni berlaku semasa sy balik ke rumah mak mertua di salah satu kawasan pangsapuri di area petaling jaya.first time balik bersama ank sulung,masih lg dlm nifas & pantang 1bulan.

sebelum ni memang dah tau kawasan sekitar rumah mak mertua agak ‘angker’.dan kawasan angker tu berhadapan dgn rumah mak mertua sy (rumah kosong yg ditinggalkan hampir 20tahun,tiada pintu depan rumah,didalam juga tiada pintu),tak dapat diketahui sbb apa owner rumah cabut pintu,org sekitar kata supaya mudah ‘benda’ yg menghuni keluar masuk tanpa halangan.tapi sy tak pernah ambil kisah,sebab tk nmpk depan mata, (walaupun di rumah kami sendiri pun sudah ada ‘penghuninya’) selagi tak nampak,sy tak percaya.

Kami bertolak dr selatan sekitar jam 8mlm,terpaksa balik lewat kerana suami tidak dpt cuti,dan sampai ke pj sekitar 12am.semasa turun dr kereta sy dh rasa tak sedap bdn,seram sejuk,mungkin terkena angin malam,lgpun dengan keadaan yg masih lg dlm bpantang,walaupun lengkap berstokin dan berbaju sejuk masih lg terasa angin tu.anak di pangkuan nyenyak tidur.kami berjalan ke lif dan tekan untuk naik ke tingkat 8.pintu lif terbuka dan kami masuk,ketika itu anak dh mula merengek, sy cuba pujuk,”lapar nk susu kot”kata suami sy,sepanjang di dlm lif dia merengek.sampai la tiba-tiba

“TING!”
Lif berhenti,sy nk melangkah,tp suami tarik tgn sy,dan tunjuk yg kami baru sampai di tgkt 7.sy mcm termalu sekejap.dan ketawa kecil.suami serius je.jadi sy anggap dia mungkin kepenatan.lif naik lg.sampai tgkt 8,kami keluar,sepanjang perjalanan ke rumah mak mertua mata sy asyik nk melirik pd rumah kosong tu,seolah2 ada yg berbisik suruh tgk ke situ,tp sy lawan dan buat tak tahu,sampai je dirumah mak mertua,tiba2 ank sy menangs sekuat2nya,seolah2 mcm dipukul,sy terkejut.

mak mertua pulak cuba pujuk,diikuti pak mertua,dan suami,tp langsung tak jalan,susu cuba disua tp dia tak mahu,pampers dh diperiksa ternyata masih kering,tak dpt dikenal pasti puncanya,giliran suami pula memujuk anak,didodoi2 sambil meratib,diikuti dgn ayt kursi,langsung ank terdiam,terkebil2 sebelum tido semula.

kami saling bpandangan,tiba2 pak mertua terus ckp “baringkn luar je,jgn tido bilik,panas”, sy pun ikut je,mmg niat nk tido diluar.sbb dalam bilik mmg panas.suami letak ank,dodoi2 lg dan tertido pulak,mak dan pak mertua masuk bilik tido,tinggal sy seorang dkt ruang tamu.malam2 terasa lapar sebab menyusu anak mmg kerap lapar.

sy buka tudung saji dan makan apa yang ada.siap makan sy ke dapur,dapur rumah ni memang dkt depan,buka pintu terus dapur.semasa membasuh pinggan sy rasa seperti ada kelibat org menunggu depan pintu masuk.memang jelas dan nyata bayangan tu,seorang lelaki,saya sangkakan adik ipar saya,tak berfikir apa sy terus buka tingkap,

“KOSONG.TAK ADA SESIAPA”.
dahi mula berkerut “sape pulak ye?”,sy anggap adik ipar mungkin turun balik tertinggal brg dlm kereta.selalu mmg mcm tu,sy pun berlalu masuk bilik.sy nampak adik ipar sedang tido.eh?terfikir semula,sape pulak tu?jiran ke?setahu sy jiran rumah mak tak ada lelaki.semua perempuan kiri kanan,kiri bujang kanan ibu tunggal.jd siapa? Ahhh,malas nak berfikir banyak,sy buat taktau je.capai tuala,untuk basuh muka sebelum tidur

Tengah membasuh muka,sy terdengar satu suara, “kakkk oo kak,” sy jawab “ye sy,jap eh,akak dlm bilik air, “cepat sikit bukak pintu,adik ni,” “ye2,akk datang”, sy terkejar2 buka pintu,pintu dibuka dannnn……

TAK ADA SESIAPA.TETAPI ADA SEORANG LELAKI BERDIRI DIHADAPAN PINTU GRILL TAK BERDAUN DI RUMAH KOSONG ITU.

wajahnya pucat,berbaju tshirt merah dan berseluar jeans lusuh bertanah.tgn dan kaki juga bertanah.sy tergamam,lelaki itu memegang grill sambil memandang tepat kearah sy dengan mulut ternganga,jantung sy berdebar laju,yang pelik dia seakan tahu sy takut.semakin laju jantung sy semakin besar ngangaan mulutnya,sampai satu tahap boleh masuk sebiji bola sepak.

sy nekad menghempas daun pintu,diikuti dengan tangisan anak sekuatnya,mungkin terkejut atau sebaliknya,suami dan segala isi rumah berlari ke dapur mendapatkan sy,sy menggigil sehingga tak boleh bercakap.

suami sy tenangkan sy diikuti yg lain,anak pulak menangis sampai nk pecah tekak,sampai dah tak ada suara,sampaila suami sy sendiri tawarkan air utk sy minum,dan,sapu ke muka,barulah sy boleh bersuara.sy tak bercerita langsung perihal lelaki di rumah depan tu,sy cuma ckp sy dengar suara aneh dan bdn sy rasa lain.

mak mertua kata mgkin sebab sy dalam nifas,tu yg macam2 benda cuba dtg kacau.sy diam,selang dua hari kami pulang ke rumah kami di selatan tanah air,dalam kereta baru sy cerita kisah yang benar,rupa-rupanya suami juga alami perkara yg aneh,berkaitan yg dlm lif,sebenarnya lif blok rumah dia semua nombor genap,tak ada nombor ganjil,no 7 nombor ganjil,dan di tingkat 7 tak ada lif,sapa duduk di tingkat 7 kena naik tingkat 8 utk naik lif.sy tergamam sebentar,sy tenung wajah anak dlm hari,mukanya polos,jgn ada yg ggu ank kami.
- - - - - - - - - -

Hantar Kisah Anda Disini : SUBMIT

Artikel Terkait