Sunday 19 February 2017

Kisah Saka Pendamping


salam semua..
saya terpanggil untuk menceritakan kisah yg pernah saya lalui .saya sha (bkn nama sebenar), suami sha bernama iz dan setelah 2 tahun berkahwin kami dikurniakan seorang puteri, atin. kejadian ini berlaku pada tahun 2008.

Sebelum kejadian itu sha melahirkan seorang puteri. Abah sha telah memilih nama utk anak sha, dan belum tempoh 40 hari abah sha pula meninggal dunia kerana sakit. Untuk pengetahuan semua abah sha seorang pakar perubatan islam yg agak terkenal.

Setelah kematian abah sha, bermacam2 perkara telah berlaku. Dan setelah hampir 2 bulan pemergian arwah abah, suami sha pula yg terkena isim. Dipendekkan cerita suami sha ni seorang yg sgt romantik, pecinta, penyayang. Sha sgt bahagia berkahwin dgn iz. Hinggalah apabila dia berubah menjadi ganas, kasar, pemukul. membuatkan sha benci akan suami sha itu.

pada suatu hari, suami sha duduk seorang diri dan bercakap2 seperti sedang berbual lagaknya. Tapi adakala dia ketawa dan ada pula dia marah². Dan tiba-tiba suami sha mengamuk, pada waktu itu anak sha tengah tidur atas katil. ketika kejadian dalam jam 8 malam.

suami sha ambil anak sha yg tgh tidur dan kemudian dia hendak mencampakkan anak sha ke lantai. Mujur waktu itu sha sempat mendapatkan anak sha. suami sha pun marah² dan cakap bukan-bukan pada anak sha (atin). kuderat ibu baru habis pantang ni tetap digagahi.

Sha pun letakkan kembali atin diatas katil. Lalu sha cuba utk menenangkan iz..dia seolah kerasukkan yg terlampau hingga biji mata dia merah menyala seperti biji saga. sha pun tak sangka iz akan jadi macam itu. iz pun seperti orang gila, tampar sha hingga tersungkur kelantai. Iz pun tarik rambut sha seperti tiada belas kasihan, heret sha hingga ke ruang tamu sambil mulut dia terkumat kamit seperti bercakap².

Disaat sha tidak berdaya itu suami sha pukul sha dengan helmet, kerusi, balang pasu kaca kemudian dia ikat sha pada tiang yg memang ada di tengah rumah sha..ketika itu sha hanya mampu mengucap. Iz hanya ketawa seperti orang kurang siuman. Dan kebetulan juga waktu iz tengah ikat sha, kakak sha datang kerana dia rasa tidak sedap hati. Iz pun bertindak melarikan diri.

Tidak sampai sejam kemudian ada orang datang beritahu suami sha kemalangan. kereta yg iz bawa hancur, tapi yg peliknya suami sha tiada apa-apa yg terjadi. hanya luka-luka yg dialaminya. kemudian heboh sekampung suami sha ni ada pendamping (saka).

Di pendekkan cerita, kakak sha pun bawa iz berjumpa seorang pakar perubatan. Orang tersebut memberitahu, iz ni ada saka yg ingin mendampinginya. namun kerana dia tidak cukup kuat mental dan fizikal maka pendamping itu menjadi panas dalam diri iz.

Acara memulihkan iz pun bermula..dimalam bulan purnama penuh iz diminta memakai hanya kain pelikat dan duduk ditengah2 halaman rumah..waktu itu memang suasana sangat menyeramkan dengan lolongan anjing yg bersahut² dan angin ribut yg amat kencang sekali..mereka pun bertarung memulihkan iz. Memandikan iz dgn buah limau nipis sebayak 7 biji serta bunga 7 jenis.

Setelah segalanya selesai iz pun diminta untuk berehat. Pakar perubatan tersebut berjumpa sha dan akak serta abg ipar sha. Dia mengatakan ada saka keturunan suami sha ingin mendampingi iz, namun kerana pelindungan (pendinding) yg arwah abah sha telah lakukan maka saka itu selama ini tidak dapat menembusi badan suami sha. Hinggalah arwah abah meninggal dan saka tu dapat peluang utk mendampingi iz.

Pendamping keturunan suami sha pun dh dipulangkan cuma, jika suami sha berpijak kaki ditempat keturunan datok moyang iz itu, maka tiada apa yg dapat ditolong lagi… (bumi kenyalang)..kata pakar perubatan tersebut..

Kini setelah 10 tahun kejadian, Alhamdulillah kami masih bersama dan kami belum lagi pernah menjejakkn kaki dibumi kenyalang tempat lahirnya datuk moyang suami sha.
terima kasih kerana membaca cerita sha ini.walaupun tidak seram tapi cukup seram bagi sha yg alami.

sekian
- - - - - - - - - -

Hantar Kisah Anda Disini : SUBMIT

Artikel Terkait