Sunday 19 February 2017

Alice Roomate Misteri di Kolej Kediaman 10 UM


Salam..nama saya Anis..bukan nama sebenar..harap admin rahsiakan nama sebenar saya..

Kisah sy(saya) terjadi semasa sy menuntut di Universiti Malaya. Kejadian berlaku semasa sy di tahun 3..Sy tinggal di kolej kediaman kesepuluh yg terletak di atas bukit dan agak sunyi..semasa semester baru bermula,sy dan roomate sy yg bernama Syai iaitu rakan baik sy menerima roomate baru yg beragama bukan Islam berasal drp Sabah..jadi kami bertiga dalam satu bilik di tingkat bawah..kolej kami agak terpencil dan sunyi tapi menenangkan..

Nama roomate baru kami Alice (bukan nama sebenar) dan dia di tahun 1 dan agak pendiam. Kami anggap dia segan mungkin kami adalah seniornya. Dia tak banyak bercakap dan kadang2 kami rasa dia macam tak wujud je dalam bilik kami kerana dia tak nak bergaul dgn kami kerana menurut rakan nya beliau tidak pernah bercampur dengan org semenanjung.

Kami bawa hal masing2 dan jarang bercakap. Tapi sepanjang sebulan kami satu bilik,sy perhatikan dia adalah penganut yg taat dan sering membaca kitab bible.di dinding katilnya yg terletak di atas katil Syai juga sy lihat byk dilekatkan dgn kata2 berunsur ketuhanan dan agak mengejutkan apabila dia mula berani untuk melekatkan lambang itu di arah kiblat tempat kami sembahyang.

Sy dan Syai ada menegur tapi tidak diendahkan.Jadi utk mengelakkan pergaduhan,kami hanya menterbalikkan saja lambang tersebut apabila sembahyang.Tapi yg pelik,setiap kali selesai sembahyang,lambang tersebut akan kembali ke asal dengan sendirinya padahal kami belum membetulkannya.kami dah mula rasa pelik.kejadia kedua berlaku apabila syai hendak sembahyang,kebetulan Alice menyangkut bajunya di birai katil mereka yang berkongsi katil..baju Alice tersebut ada lambang itu,jd Syai mcm biasa menterbalikkannya.selesai sembahyang Syai terkejut kerana baju tersebut kembali ke asal dan lambang jelas kelihatan depan Syai.Lagi pelik kerana Alice dan sy tiada dalam bilik.

Syai mula menceritakan kpd saya apa yg berlaku tapi sy masih menyedapkan hati Syai bahawa tiada apa2 padahal sy pun dah syak something.

Ini kerana,sy juga pernah mengalami kejadian pelik ketika bersama dgn Alice di satu malam.Syai tiada kerana pulang ke kampung.Pada malam tu sy terjaga pd pukul 3pg mendengar ada orang menyanyi yg sangat kuat. Mulut sy mengikut rentak lagu itu padahal sy tak pernah dengar lagu itu.Sy jd aneh kerana mcm mana sy boleh nyanyi lagu yg sy tak pernah dengar dengan lancar sekali pd pukul 3 pagi..yang tak masuk akalnya sy menyanyi tanpa ada rasa takut. Tetiba sy mcm tersedar dan amati betul2 suara tersebut rupanya suara Alice tgh menyanyi di katil atas. Sy amati lirik lagu tersebut rupanya lagu agama mereka kerana dia menyebut kata-kata nama tuhan berulangkali. Sy mula seram kerana mengingati peristiwa tadi di mana sy juga bernyanyi lagu agama pd pukul 3pagi. Ini kerana Alice menyanyi lagu agama dalam versi bahasa melayu.

Seram takut semua ada pd masa tu.Sy pasang cd al-quran sbb sy rasa badan sy sgt panas pada malam tersebut. sy tau Alice tidak selesa sy pasang ayat suci al quran kerana beliau sedang memuja sesuatu di atas katil. Sy mula teringat kawan Alice pernah beritahu yg Alice sgt aktif dlm berdakwah dan Alice merupakan antara pendakwah yg taat. Sy sekali rasa gerun apabila Alice merenung sy..

Sy buat2 tak takut dan terus bangun kononnya nak stay up study sebab sy memang dah tak boleh tidur.Sy TAKUT dgn renungannya. Tetiba Alice jd marah dan turun dari katilnya dalam keadaan tergesa2 dan berlari keluar bilik.Amat laju pergerakkannya.Sy memang tak tidur malam tu dan bertemankan bacaan al quran. Sy ada juga menunggu Alice kembali ke bilik tapi sampai ke pagi dia tetap tak balik bilik. Sy tertanya2 ke mana Alice pergi.

Pagi tu sy ke bilik kawannya untuk memastikan sama ada Alice ada di situ atau tidak. Apa yang mengejutkan sy, kawan Alice mengatakan yang Alice sudah balik ke Sabah dua hari lepas kerana ibunya sakit.
Berderau darah sy bila terpikir siapa yg menjelma sebagai Alice pd malam semalam?? Seminggu sy demam selepas kejadian itu
- - - - - - - - - -

Hantar Kisah Anda Disini : SUBMIT

Artikel Terkait