Monday 27 February 2017

Orang Atau? | Study Larut Malam | Ketukan Tandas Hospital


KISAH 1 – ORANG ATAU?

Assalamualaikum.. Cerita ni belaku 9tahun lepas dimana umur saya 15 tahun. Rumah yang saya duduk sekarang ni 2 tingkat. Bilik tidur saya ditingkat atas kalau bukak bilik saya tu boleh lah nama orang lalu lalang kt jalan di bawah. So, pada suatu hari saya tak boleh tidur.. Hati ni gatal yang amat nk bukak tingkap oleh krana katil dekat sebelah tingkap so bukak lah tingkap dengan niat nak amik angin malam..

Tiba2 nampak ada seorg perempuan jalan kaki pada jam 3PAGI ! Ok mindset ni orang kilang balik keje.. Tapi dia seorang perempuan yang berpakaian putih rambut lepas dan dia berjalan setapak demi setapak dengan tersangat lambat. Tiba di satu tiang lampu dia berhenti dan slow2 dia pusing ke arah saya..

Tangan ni dengan sepantas kilat terus tutup tingkap dan tarik selimut.. Dengan sepantasnya ‘dia’ ketuk tingkap menggunakan kuku sambil cakap ‘ala awak dah nak tidur ke? Tak ada siapa nak temankan saya balik kt bukit sana’ untuk pengetahuan kalian dekat bukit tu ada pokok getah yang tak asing dengan benda benda tu.. Laluan jalan rumah saya tu adalah laluan mereka.. Lepas tu dia ketuk lagi tingkap guna kuku dan dia tarik kuku tu kekiri kekanan..

Saya ? Saya masa tu call mak dekat bawah tapi hp mak off sebab kehabisan bateri. Masa tu hanya Allah je la tahu keadaan saya.. Tak lama lepas tu dia senyap , dalam hati saya Alhamdulilah akhirnya dia ngalah..

Tapi sangkaan saya salah.. Tiba2 ‘dia’ nangis mendayu dayu.. Allahuakhbar! Saya pon join menangis sebab terlampau panik. Tiba2 dia cakap ‘kenapa nangis’ dan mengilai sekuat2 nya kat tingkap tu..

Masa tu lah baru terpk nk bkk yasin kt hp sekuat kuat nya.. Speaker dkat dgn katil dengan cepatnya saya mencapai wayar cucuk kat fone.. Mungkin dia marah, saya terdengar dia mendengus dengan suara yg garang dan ketuk tingkap sekuatnya tak lama kemudian azan subur pun dilaungkan dari masjid.. Mungkin bagi korang kisah saya ni biasa tapi ia amat menyeramkan .. Sejak dari tu saya tidak lagi bukak tingkap bilik dan saya mengalihkan kedudukan katil ke arah lain..

KISAH 2 – STUDY LARUT MALAM

aslmualaikum salam sejahtera, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa di kolej swasta semasa semester awal.

Masa itu memang rajin la nak study sebab nak cuba dapatkan result cgpa yang terbaik sebab memang niat nak study nak banggakan mak ayah.Hostel yang saya duduk adalah tingkat tiga atas sekali so atas adalah bumbung.pula dapat katil double decker belah atas.

Hostel saya ini memang acap kali selalu akak akak yang senior cerita memang ada kisah seram kat sini tu malam je mesti ramai tidur awal tak pun tidur tak akan tutup lampu.So pada satu malam itu,minggu itu minggu exam tapi roomate bilik saya ni jenis study pagi bertentangan dengan saya yang suka study malam sebab tenang sunyi tu buat saya lagi fokus hihi.

maka bila yang lain dah tidur jam 2 pagi,saya still meneelah pelajaran.tiba-tiba, tengah khusyuk tu saya dengan bunyi guli jatuh.mula mula buat biasa lah sebab kita tak kacau dia,dia tak kan kacau kita.pastu bunyi lain pula kuar.

bunyi seperti batu jatuh betul betul atas bumbung atas saya.dah la masa tu gelap je bilik lain bilik saya je terang dan smua dah tidur.rileks lagi study ag ha pastu bunyi kuat macam ada org jatuh pulak kt atas bumbung tu ats saya tu apalagi saya terus turun dari katil tutup lampu buat buat tak takut (tapi dalam hati macam nak tercabut jantung) sebab trkjut.

masa nak tidur tu dah pikir macam macam tapi tutup je mata tapi time macam tu mana mata boleh nak pejam memang dalam hati dup dap je..huh.. akhirnya dah pagi cerita ka kawan dorng tak dengar papepon sebab semua tidur dah lena.sejak tu memang study mcm biase juga smpai tgh malam hehe tapii kena berteman dgn kawan..

KISAH 3 – KETUKAN DI TANDAS HOSPITAL

Hi f.s malam ni nk cite siked. Ini prkara benar yg saya sndri alami waktu petang tadi. Around pukul 8malam. Di Hospital Besar di Sabah.

Kisahnya bermula apabila saya sakit perut yang teramat haha. Saya apa lagi bergegas mencari tandas terdekat tetapi tandas tu tak ada air. So, saya mengambil keputusan untuk pergi ke satu tandas awam lebih kurang 300meter dari situ.

Agak jauh juga apabila tiba, tanpa segan silu saya pun melepaskan hajat yang besar itu haha. Maaf merapu jap. Ber das das juga haha. Sdng sibuk memakai seluar semula, Tiba-tiba, pintu itu diketuk dan digoyang buat kali pertama.

Dlam fikiran saya angin jer kot. Saya pun buat tak kisah. Selang 2minit, pintu itu diketuk dan digoyang lagi. Tetapi, saya tak ada dengar bunyi tapak kaki atau pintu utama dibuka. Bulu roma pun mula naik.

Dia main pintu la pula. Memang kawasan tu agak sunyi jugala. Dengan segera saya pun cabut lari, tidak semenah saya rasa bahu saya seperti dipegang seketika. Saya tersentak dan dengan pantas nya memandang ke arah belakang namun hampa tiada apa apa kelibat atau benda asingπŸ˜‚πŸ˜‚. Mungkin ini tidak seram pada pembaca diluar sana tetapi ini la kejadian terseram saya pernah alami. Sekian..

- - - - - - - - - -

Hantar Kisah Anda Disini : SUBMIT

Artikel Terkait