Monday 27 February 2017

Kisah Mayat Berlegar-legar


Assalamualaikum pembaca semua.
Ni kali kedua aku tulis cerita tapi x post..Sebab tertekan banyak lagi terus cerita aku hilang. pakai phone kata kan..

Cerita ni dah lama dah berlaku.Tapi masih segar bugar dalam kepala. Sebelom aku cerita, aku intro dulu.

Aku and family tinggal kat negeri sembilan. Area rahsia..Kang ada pulak yang cari aku mintak autograph.. xlawak ok abaikan…

Aku berjiran dengan family orang kelantan. Si nenek tua aku gelar mek. Anak dia baya baya mak aku je. Tapi x ngam lah..X tahu kenapa. Kitorang cuma ngam ngan mek jew. Mek ni ada ilmu perubatan tradisional. Al maklum lah, orang lama kan.. Mesti ada pendamping. Kalau demam ke apa ke memang mek la yang ubatkan..Jarang pergi klinik.

Satu hari tu, ada berlaku kematian di kampung aku. Tak ingat lah pulak lelakinke perempuan yang meninggal tu… Selesai proses mandi, kapan dan kebumikan.. Malam pun menjelma.
Kata orang, orang yang mati akan pulang ke rumah untuk melihat nak bini kan..

Ye.betulah tu.. si mati pulang ke rumah.. Tetapi bukan pulang ke rumah anak bini dia..Dirumah orang lain… Ada seorang pakcik tu bercerita, malam tu dia sekeluarga tido awal.. Pada jam 12 malam, dia bangun minum air sebab terlalu dahaga malam tu.

“tuk tuk tuk” pintu rumahnya di ketuk. Pada awalnya dia malas nak bukak sebab dah lewat malam…
Tapi ketukan makin bertalu talu.
“tuk tuk tuk tuk tuk”. Dia pun bangun dan pergi bukak pintu.. Terkejut gamaknya apabila melihat mayat si mati pagi td berdiri berhadapan nya. Mata merah, masih berbungkus dan kapan yang dikotori tanah.

Sejak hari tu, kecoh satu kampung mengenai si mati tersebut. Ada yang mengatakan si mati tidak diterima bumi dan tidak tenteram lalu meminta pertolongan daripada oranh kampung . Ada juga yang mngatakan bahwa si mati akan datang dari satu rumah ke satu rumah meminta talinya dibuka.

Seperti biasa, anak muda.. Bila bercakap soal makhluk ni ada sebahagian nya yang menolak dan tidak percaya.. Seprti kawan aku ni jugak ni. Dia kata semua tu hanya rekaan semata mata.

Satu malam tu kami lepak berdua di depan rumah dia bawah pokok atas pangkin tepi jalan raya. So bila lepak situ, sepanjang jalan raya tu kita boleh nampak kan.. kitorang menyanyi macam macam lagu. Tiba tiba mata aku tertangkap sesuatu di hujung jalan raya yang tak berlampu di sebelah kiri aku..

Aku dah rasa x sedap hati..Jadi aku ajak kwn aku ni balik. mAsok rumah masing masing.. Tapi dia xnak. Ahh sudah “benda” tu aku dah nampak..Melompat melompat menuju ke salah sebuah rumah.Tapi sempat berdiri memandang ka arah kami.. Sah dan memang sah..Betul apa yang orang kampung cerita. Aku pun paksa lah kawan aku ni balik..Pada awalnya dia xnak.. Tapi lepas dia nampak aku pucat dan mata aku terarah kat hujung rumah tu dia pun bangun pakai selipar dan tarik aku masuk bilik dia.. Kebetulan bilik dia, bilik pertama dekat dengan pintu.
“tuk tuk tuk” pintu diketuk.
Berderau darah masa tu.. Nak menangis dah tapi kawan aku tahan.. Dia baca-baca.. Tetiba “benda” tu meninjau dalam bilik kami.. Tingkap gelap macam sliding door tu.. So memang 100% nampak susuk tubuh dia.. Sebab lampu luar bukak. Agak lama dia berdiri depan tingkap.Aku hanya mampu pejam mata dan berharap dia pergi dengan cepat.

Esok tu, kawan aku cerita…masa mata aku pandang hujung jalan tu bila dia tertoleh ke arah yang sama. Dia nampak benda tu sedang melompat ke arah kami..Padahal masa tu aku xnampak apa apa pun. Aku bagitahu mak ayah.. Mak pun bagitahu mek..dan Ofcouse aku demam. Mek kata “jangan risau dia tak kan boleh walau selangkah ke rumah ni”.
Ye memang betul. Benda tu tak boleh masok kerumah aku.. Pagi tu masa nak pergi sekolah..Akak aku perasan ada kesan terbakar di bawah lampu dan secebis kain putih yang tertinggal.. Selepas tu, dah x dengar lagi pasal mayat berkeliaran di kampung.

Akhirnya, beberapa tahun kemudian.Mek meninggal dunia. Aku ingatkan semua dah berakhir.Tetapi aku silap. Bila mana mak aku pulak yang manjadi mangsa..

Nak tahu kisah seterusnya???
Nantikan
- - - - - - - - - -

Hantar Kisah Anda Disini : SUBMIT

Artikel Terkait