Wednesday 1 March 2017

Part 4 Mayat berlegar Legar

View Article

Assalamualaikum semua..

Laa aku tak citer ke pasal sampul ni?? maafla ek.. ingat dah cerita dah..terlepas pulak part ni. Harap admin siarkan secepat mungkin sebab tak suka buat orang tertanya tanya..

Aku dengan beg mak aku ni macam adik beradik. Aku ni pulak jenis yang suka simpan barang dalam beg orang sebab tu aku xde handbag. Masa tu aku nak amik phone dalam beg mak. masa aku bukak beg aku nampak ada satu sampul ni. Cantek siot. Dan aku tak pernah jumpa lagi sampul macam tu. Warna seperti kuning keemasan bila ditenung makin lama makin cantik dan tertarik kau wahai sampul..hah..

sampul ni bau wangi .Dan dia macam lutsinar,bila kena cahaya akan naik warna lain.. Boleh nampak lah warna kejap kejap putih,kejap kejap merah,kejap kejap pink.. Serius cantik.. Bentuk macam sampul biasa jew cuma ia cantik sebab tu aku ambik memandangkan aku suka kumpul sampul raya..bila nampak unik tu aku amik.. Selalunya aku akan bagitahu mak lah kalau aku amik barang dia pun.. Tapi kali ni tidakk..

Mak jenis tak letak duit dalam sampul..Kalau letak pun,bukan dalam handbag diam nya.. Tempat lain. kekadang atas peti sejuk diam nya..
Yes, masa ni mak aku normal lagi..Lepas aku ambik tu yang mak aku jeling semacam je kat aku masa masa kat dapur tu..tup tup aku histeria lepas tu.

Aku memang tak bukak pun sampul tu, sebab aku yakin memang tak de duit pun dalam tu mungkin mak salah letak ke apa ke kan.. Memang aku berterusan kene histeria..Kalau time maghrib mak aku meracau, aku kene histeria..Sampailah tok mudin ni eh tok penghulu ni bagi aku air jampi dia tu..Aku normal balik. masa tok ni kata aku dah ambil hak tanpa kebenaran dia, terus aku teringat sampul tuh.

Aku bukak beg baju aku nak ambil sampul tuh..Nak tengok masih simpan ke tak tapi tak ada.. Yang ada hanya sehelai daun kering dan beberapa tompok merah..Tak sure la darah ke sirap ke apa ke..
Aku bagitahu tok tu sampul tu xde yang ada daun ni jew.. Atok tu kata
“Pulangkan hak dia”
Nak tak nak aku terpaksa la pulangkn walaupun dalam bentuk yang berlainan.. so dalam sampul tuh memang tak ada duit raya mak aku lah..

Sebenarnya ikutkan hati aku nak je gantungkan cerita part 3 sebab memang panjang.. Banyak lagi aku tak cerita kan dalam tu..Pasal anjing menyalak, pasal ada cakaran, pasal mesin basuh ON sendiri pasal berjumpa nenek tua ( bukan mek).huh..Memang banyaklah.. Ada pulak along aku ni masa tengah buat soal jawab dengan benda tu.. Boleh dia mintak nombor..Bengonngg..
Betul dapat nombor dan dibagi kat kawan ipar ni ( not muslim).. terus dia dapat 12k..hahahahahaa..giler.. suruh mengaji dia mengaji..Tapi half je la tak abis..

Aku tak harap cerita aku ni dapat jutaan LIKE.. Cuma apa yang aku harapkan jangan la musnahkan hidup manusia lain hanya kerana sifat cemburu dan dendam kamu. Jangan lah biarkan manusia lain terseksa hanya kerana sifat jahil kamu.

Terima kasih sudi baca..
Assalamualaikum

erry evana tasya

Gangguan di Taska Setia Alam

View Article

Assalamualaikum pembaca , sayaa nak share satu ceritaa yang saya sendiri alami . kisahnya tak laa seram sangat tapi sampai sekarang saya teringat . ceritanyaa bermulaa bilaa saya nak berhenti kejee kat taska tu .

Saya keje kat taska tu dah 6bulan . sepanjang 6bulan tu memang saya asyik kenaa ganggu . taska tu adaa hostel . saya dok situ , sayaa balik rumah cumaa hari rabu and hari minggu . selama 6bulan saya kena ganggu tu takdelah teruk sangat . saya dah lali . lagipun saya buat taktahu je even rase macam nak menjerit je .

Saya kena ganggu teruk 3hari sebelum sayaa berhenti kejee . time tu 27/7 . bulan lepas laa kiranyaa . sayaa tak balik . sayaa tido kat hostel . malam tu saya tido kat ruang tamu . sebab masaa dalam bilik memang panas gila . so sy decide nak tido bawah . oh ye time tu sy sorang je kat hostel.

Saya ambik bantal ape tu semua sy tido bawah . malam tu sy takboleh tido , guling sana guling sini tuptup dah pukul 1pagi . okay nak masuk part seram dah . hihi . mase 1pagi tu pulak laa perut meragam mintak makanan . so saya bangun laa nak masak maggie . kat dapur tu adaa satu bilik . bilik tu gelap sangat .

Saya pun takut tengok bilik tu . huhu . tempat masak pulak bsebelahan bilik tu . so nak taknak kenaa laaa hadap jugak bilik tu . bilik tu adaaa tingkap . so bole nampak laa apaa yang kat dalam even tak clear sangat .

Time sayaa masak maggie , tetibaa tingkap tu bergegar . dengan sendiri . kuat pulak tu . saya taklayan . kali ketigaa lagi kuat diaa bergegar . time tu saya baca ape yang patut walaupun tunggang langgang sebab takut punya pasal . lepas sy bacaa diaa bhenti . saya ingatkan sampai situ je . rupanyaa adaa lagi . lepas saya makan , saya baring balik . time tu dah nak pukul 2 . sy lock hp saya .

Saya pejam mataa . time sayaa tengah pejam mata tu tetibaa sayaa rasa adaa orang usap rambut sayaa . lamaa sangat . lembut pulak tu . sy time tu dah cuak dah . takut punya pasal sampai menangis sy .

Masa saya menangis , diaaa boleh tanyaa ” kenapaa awak nangis ” sambil gelak . tah dari manaa kekuatan datang , saya bangun sambil pejam mataa and cakap aku tak kacau kau , kau jangan kacau aku . saya bacaa ape yang patut pastu saya baring balik . time tu dah takde dah dia .

Dalam 5minit kemudian , dia main kat tangga pulak . kat tangga tu adaa pagar . pagar tu macam lose sikit . kalau kena angin sikit je diaa da bunyi . kat tangga tu dia dok main kirakira . 1 2 3 pastu dia gelakgelak and kat kaki diaa tu macam adaa rantai besi .

makin lama makin dekat bunyi nya . diaa dok kira kira papp dia sampai kat pagar sebab memang jelas bunyi pagar macam adaa orang tolak . pastu senyap . dalam senyap tu sayaa rasaa orang perhatikan saya . sayaa dah mengigil time tu . saya baru terfikir nak bukak yassin kat hp , bilaa sy bukak diaa mendengus macam marah pastu dia tolak tangaa tu kuatkuat . saya ikut baca yassin tu sampai laa sy tertido .

keesokkan tu bos saya kejutkan saya . Badan sy dah panas gila , sy cerita kat bos sy , bos sy tkejut . so haritu sy tak masuk keje . sy rest je kat bawah . Nak naik atas takut . masa tu hari khamis . khamis malam jumaat . bos sy nak antakan sy balik . sy cakap takpela . mak sy sampai kejap lagi . tapi sy salah . mak sy sampai kat taska pukul 11.30malam . sy pukul 7 lagi sy dah siap pakai tudung tu semua .

Ingatkan mak sy sampai awal , lepas maghrib sy bukak pintu , time tu tak de pape lagi . tapi sayaa rasaa ade bendaa yang tak kena . sya buat takktahu laa . dok layan wsap wechat . dalam kol 10lebih tetibaa ade dengar suara orang menangis dari luar . suara perempuan . mendayudayu diaa menangis .

Saya dengar jee dia nangis hakikat nyaa saya sendiri takut . lame jugak diaa nangis . lepas diaa nangis , diaa boleh gi main kat tingkap . diaa dok tarik-tarik kuku diaa kat tingkap . sretttt srettt . time tu sy baru teringat yang pintu tu sy bukak . sy nak bangun tutup tapi takut . dibuatnyaa diaa tunjuk rupa naya saya .

Dah laa time tu saya lemah . dengan demam lagi . saya tengok jam dah pukul 11.15 . sy call mak saya suruh datang cepat . cepat tak cepat 11.30 jugak dia sampai . saya suruh diaa ambik sampai depan pintu sebab tak berani nak jalan sensorang . gangguan bhenti kat situ . keesokkannyaa jumaat . lastday sy kat taska . taska sy adaa buat jamuan hari raya . so excited laa nak siapkan bebudak tu pakai baju rayaa sampai lupa apaa yang dah jadi . demam pun tak kesah dah . jamuan tu habis pukul 8malam .

Kemas-kemas semua siap pukul 9.30 . mak saya dah tunggu saya depan taska . time sy nak balik saya angkut barang sy , sampai depan pintu , adaa angin hembus kat muka sy . kuat sangat . dua kali . sy buat bodo jelah . lepas beberapaaa hari , badan sy jadi lemah , sakit satu badan tu semua . memang sakit sangat .

Dah seminggu dok sakit demam pun tak kebah , mak sy bawak jumpa ustaz . bila dah jumpa , ustaz tu kataa bendaa tu sukaa kat saya . huh . sebab tu dia ganggu syaa tiga hari bturut2 sebab diaa tahu sy takde lepasni . sy macam nak taknak je percaya sebab bab gitu saya tak cayaa sangat even dah kena . tapi saya ye kan aje .

Dok berubat ape tu semua dalam dua minggu . alhamdulillah dah sembuh . benda tu pun takde kacau saya . tu jelah kisah sy . hehe . kisah ni memang betul jadi kat sy hujung bulan lepas . nak percayaa atau tak terpulang laa . hehe . maaf kalau tak seram . saya cuma share ape yang blaku kat saya dulu .

Kisah Siti Berkahwin 3 Tahun dan Gangguan Saka

View Article

nama aku siti,bukan nama betul..aku cuma nak kongsi kisah hidup aku.korang pernah dengar tentang saka kan?aku tapi aku nk cerita pasal diri aku sejak aku berkahwin.aku dah 3tahun mendirikan rumah tangga,msa aku nak kahwin berat sangat dugaan nak dirikan masjid ni.aku jadi benci sangat dengan suami aku.kenapa entah,suami aku memang nekad nak peristerikan aku walaupn aku ni cepat naik angin,suka marah2.

aku ikot suami pindh duduk dalam berek polis di johor,selepas kahwin mesti kena ikut suami kan.Jadi aku pun ikut jela duduk rumah bujang suami aku,tingkat 10 tau..aku ni gayat sikit bila tgk bwh.

Bermula la episod dimana aku rase diri aku diperhatikan,bayangkan la suami aku pegi kerja 12mlam,yang aku ni tido sorang2 dalam bilik dalam rumah yang agak besar.Tapi aku tak pikir bukan2,aku buat la kerja rumah tengah malam..sidai baju la,mop lantai la,tengok tv.bila tido je bunyi orang main guli kt rumah ats aku..bunyi orang ketuk lesung la.

Haishhh,tk lena aku dibuatnya..aku msj suami aku,tnya la orang atas ni memg suka masak tgh malam ke.Dia jawab biasa la,orang balik keje tgh mlm mlas nak singgah kedai…aku pn ok jela g tido balik.aku ni sejak tido rumah tu asyik mimpi memgerikan je,tak paham aku..aku mimpi sorang pompuan ni marahkan aku,die bencikan aku.tapi aku set dalam kepla mungkin aku ni banyak pikir kot.dah banyak hari tau aku kalau tido mesti dengar bunyi pelik2..rase diperhatikan walapn dalam rumah sendri.
Satu hari tu aku hamil tapi aku keguguran dekat perak,rumah mak aku..jadi suami aku dri johor datang amik aku bwk balik rumah.sejak aku balik,keadaan jadi bertambah buruk.Masa suami aku pergi kerja jam 7pagi tau,aku dalam bilik ni boleh dengar orang selak langsir rumah dengan kasar.main2 selak langsir dengan aku,aku pegi la bangun pegi tengok..tak ada ape pun.jadi malas nak layan.

bila malam aku dengar perempuan menangis,masalahnya aku dengar dari atas bumbung..rumah atas aku paling atas la tu.betol2 mengdap bumbung tu.aku ni tak puas hati keluar rumah pegi tengok sape la nangis malam2 ni.suami aku cakap biasala budak menangis kena pukul kot.aku pn malas nak lebih2..pegila tido,suami aku ni selalu keje malam,jadi malam tu aku buat kerja rumah.tengah2 mop lantai,lengan aku mcm sakit je..aku tgk2 ade lebAm 3 lubang kecik kt situ,aku dah rase lain mcm malam tu.aku suh suami aku balik,die balik tgk la kenapa aku ni mcm kalut semacam aje.bila die tgk,die ambil bawang putih bakar pastu bc ape la aku pn tk ingat,terus nampak lagi jelas lubang tu.

Ape yang terjadi kat aku,ade waktu tu aku duduk dlm bilik sambil whatssup2 ngn suami.suami aku risaukan aku,dah malam kan tapi aku tk leh tido..tengah syok msj2,oppsss! rambut aku mcm terpcak 90 darjah okey! kepala aku mcm ade sesuatu yang tengah pegang kepla aku.Aku lari keluar dari rumah tu pagi2 buta! jam 3pagi aku kuar dah mcm orang giler.Korang pernah rase seram lain macam??macam tula aku rase,aku kol suami aku suh balik cepat.Dia pn balik,korang bayangkan suami aku tu lelaki,die masuk rumah sendri boleh berlari kuar balik ajak aku duduk Mcd..huhu..bertapa la aku sorang2 kt mcd sampai subuh,sementra suami aku kerja.

Lastly,kami buat keptusan Panggil pengamal perubtan islam sebab dh tk tahan sampai tido tk ckup.Orang pertama datang tgk,katanya sebab aku ni ade saka.jadi benda yang ade dalam rumah ni panas dengan aku..aku ni blurr kejap,aku ni ade saka ke??okla,aku tnye mak aku sejrah famly ade saka ke?mak aku ckp ade..tapi mak2 tkmau benda tu.so okla,aku terima mungkin dari diri aku.aku tak tahu pn psl saka2 ni..jadi suami aku nak sgt aku ni diubatkan.dibuang saka nya..yup,ade 3ekor saka dalam bdan aku.cubaan yang ini berjaya..rumah aku pn siap dipagar,selesai semua..

malam tu kami laki bini nk tido,korang tau..bunyi orang tendang pintu umah aku ni sampai kebilik kami boleh dgr.mcm nk runtuh pintu ni ha.suami aku ade pegi tgk,bukak pintu tapi takde pn bunyi tu bila bukak.nak tido balik je menendang pulak dia,maklum laa..rumah aku ni dah lama cik pon tu duduk,bila die kena halau marah la die.tk puas hati,die berdendam dengan aku..die tk dpt kacau aku dlm rumah tp die dpt kacau aku dari luar..

Aku penat lak taip2 ni,oklaa..nanti aku sambung lagi yea.panjang kisah aku ni.3tahun tapi baru sekrang aku tenang.ok,nanti aku sambung lagi “kisah aku siti”

Kisah Abah Merawat Pesakitnya yang Disihir

View Article

salam semua pembaca. disini saya (sy) ingin bercerita tentang pengalaman yg sy alami..kejadian berlaku dlm tahun 1999..kisahnya bermula..

Arwah abah sy seorang pakar perubatan tradisional. Beliau mngubati pelbagai penyakit..hingga la suatu hari..

“ikat dia cepat jgn bagi dia lari lagi”..teriak abahku pada pembantunya. ada seorang wanita yg dibawa oleh ahli keluarganya berjumpa abah. Wanita ini dikatakan meracau racau dan berlari sambil berbogel disaat pernikahannya. Ahli keluarganya memberitahu abah disaat tok kadi sedang mengakad nikah pada pagi kejadian,tiba2 wanita itu pengsan dan apabila tersedar wanita itu menjerit2,meracau dan dia berlari sambil menanggalkan pakaiannya.. orang ramai pun panik dengan keaadaan itu..
Dipendekkan cerita ahli keluarganya pun membawa wanita tersebut berjumpa abah.

Apabila abah mulakan perubatannya,wanita tersebut menjerit2 dan berlari sambil menanggalkan bajunya..abah pun meminta pihak wanita itu dan pembantu abah pegang wanita itu..ibu wanita itu pun memakaikan semula pakaiannya.. abah pun merenjiskan air yg telah dibaca² (jampi) ke muka wanita itu..dgn wajah yg bengis dan biji mata putih berwrna merah,wanita itu pun menjerit2.

.”SAKIT..SAKIT..SIAL KAU.AKU TAK GANGGU KAU KENAPA KAU BUAT AKU SAKIT..BODOH..”

wanita itu berteriak pd abah..”KALAU KAU TAKNAK SAKIT KAU KELUAR DARI TUBUH WANITA INI!..” pinta abah ku kpd wanita tersebut..abab tahu yg bercakap dgn nya itu bukanlah wanita tersebut..tetapi jin / syaitan yg telah merasuknya .

“HEY ORG TUA..KALAU AKU KELUAR AKU AKAN MATI.TUAN AKU SURUH AKU TINGGAL DALAM TUBUH WANITA NI..AKU TAK AKAN KELUAR, BODOH..”seiring dgn ketawa mengilai wanita itu berkata.. “KALAU KAU TAK NAK KELUAR, BAIK AKU AKAN SAKITKAN KAU DAN AKAN BAKAR KAU.KALAU KAU KELUAR AKU AKAN PASTIKAN TUAN KAU TAK KAN APA2 KAN KAU JIKA KAU PILIH UTK MEMELUK ISLAM.”abah aku pun buat perbincangan dgn ‘benda’ yg ada dlm tubuh wanita berkenaan..

Lama juga abah membuat tawaran sampai ‘benda’ tu tak tahan sakit..”baik aku akan keluar, tapi aku tak nak peluk islam aku nak kau pastikan tuan aku tak akan hukum aku..” benda tu membuat tawaran terakhir pd abahku.. “baik aku akan pastikan tuan kau tak akan hukum kau jika kau keluar dari tubuh badan wanita ni”..kata abahku tanda setuju..”aku ada syarat jika kau nak aku keluar dari tubuh wanita ni…!”katanya. dan abah pun balas “baik,apa syaratnya?”…
“sediakan aku sebaldi air longkang yg kotor.aku nak minum baru aku boleh keluar dari tubuh ni”..maka mencarilah pembantu abah ku air longkang sebaldi seperti permintaan ‘benda’ itu..

Gullpp..gullp..gullp.. sebaldi makhluk tu minum air longkang tersebut.. (aku yg loya tengok..yela tengok yg minum tu wanita yg dirasuk bukan makhluk tu…) kemudian makhluk tu pun berkata “aku akan keluar sekarang..aku akan pegang janji kau supaya aku tidak dihukum..” selepas itu kami semua lihat benda hitam keluar dari mulut wanita tersebut. dan wanita itu pun muntah..muntah berwarna hitam,hijau dan akhir sekali dia memuntahkan beberapa batang paku serta beberapa helai rambut.. Dan dia pun rebah dan pengsan..

Wanita itu pun dibawa masuk kedalam rumah dan direhatkan sementara dia tgh tidak sedar diri. Ahli keluarganya pun bertanya pada pd abah apa yg berlaku..menurut kata abahku,wanita ini terkena sihir. wanita ini ada berkawan dgn org lain namun wanita ini tidak berminat untuk berkahwin dgn lelaki tersebut dan dia memilih lelaki lain utk dikahwini..lelaki tersebut pun berdendam dan hantar sihir pada wanita berkenaan.. abah pun cakap pada keluarga wanita itu supaya jangan risau sebab abah dah pastikan ‘benda’ tu tak akan ganggu lagi.. setelah hampir sejam wanita tersebut tidak sedarkan diri dia pun bangun seperti org yg bingung..setelah minum air yg diberikan abah wanita itu kembali semangat..
Abah pun menasihati wanita tu supaya jika ada hati yg dia pernah lukakan mohonlah ampun dgn cara yg baik..setelah semuanya ok mereka semua pun beransur pulang..

Keesokannya.. (pagi x ingat jam berapa)
“Assalmmualaikum.. ” ada org beri salam dan abah pun menyambutnya.. “waalaikumsalam”..”Tuan haji tolong jangan seksa sy..sy janji tak akan kacau lagi wanita tu.sy dah maafkan salah silap dia”..kata seorang lelaki berkulit putih wajah seperti kacukkan cina setelah abah mempelawanya masuk rumah..dia menangis sambil melutut pada abah..”aku tak akan seksa kau jika kau tidak ganggu wanita itu lagi dan kau tidak menggunakan perkara syirik lagi..!”..pinta ayahku..dan lelaki itu pun setuju..abah memberinya air yg dijampi dan menyuruhnya pulang…

Selepas hampir setahun kejadian itu, kami mendapat berita bahawa wanita itu dah pun bergelar ibu.. “Alhamdulillah”..kata abahku..

maaf jika cerita panjang dan x seram..walaupun telah lama berlalu namun aku masih teringat lagi kejadian itu..
sekian

Kisah Rumah Terbuka dan Awan Gelap

View Article

Salam alaik. Aku tak pernah share lagi cerita seram2 ni sebab aku ni penakut ya amat. Batang mop dalam bilik air pon kadang2 buat aku terkejut. Yela dah rambut mop tu macam apa dah. Tercongok je dalam gelap kan. Belum masuk lagi bab takut dengan bayang2 sendiri. Hahaha

Ok aku tak banyak pon berhadapan dengan mistik2 ni (Alhamdulillah) dan aku memang takmau pon. Ada 2 je kisah yang aku nak share. Mungkin tak berapa seram tapi kalau sudi baca lah.

Kisah 1 : Rumah Terbuka Waktu Hujan Renyai Yang Creepy

Masa tu raya tahun 2014 tak silap aku. Kawan satu uni aku si M ni ada buat rumah terbuka. So aku dengan suami free hari tu jadi kami pun pergi la. Bila sampai ada 5,6 orang lagi classmates aku dah sampai dulu. Tapi diorang takda kat umah time kami sampai sebab diorang pergi bergambar dekat pantai dengan si M sekali. Rumah si M ni dekat dengan pantai. Jalan kaki je dah sampai.
Aku dengan suami pun makan la kat meja makan sambil berborak dengan mak si M. Ramah betul orangnya. Sambil2 makan tu hujan turun tapi renyai2. Hujan panas kan air hujannye tak berapa banyak. Air pun halus2 je kan.

Aku tengok ke arah tingkap, tingkap nako terbuka so aku boleh nampak jelas apa yang ada di luar. Ada kereta myvi depan rumah. Dan aku nampak classmate aku si A tengah sembang2 dengan sorang lagi kawan yg aku tak perasan siapa sebab dia belakangi aku. Si A sembang sambil berdiri sandar kat myvi tu. Aku ingat lagi, dia pakai baju kurung hijau tudung hijau pun jugak. Aku pun tak pikir banyak la sebab aku agak mungkin diorang semua dah balik dari pantai. Aku continue makan..

10minit lepas tu diorang balik dan masuk rumah. Suami aku nak merokok jap so aku pergi la join kawan2 makan kuih raya depan tv. Sambil makan tu aku borak la tanya itu jawab ini. Pastu aku pelik kat luar dah takda orang tapi tak nampak pun si A dalam rumah. Aku tanya la sorang kawan yg tengah makan kuih raya dengan aku ni, “A mana? Tak masuk lagi ke?” pastu dia kata A mana datang. Dia balik Selangor ada hal katanya. Ahhh sudah aku dah rasa semacam. Tapi aku pikir kawan tu saja nak usik aku kot. Tak pun dia salah dengar soalan aku. Aku abaikan je la.. Setel makan2 salam2, balik… Malam tu aku wassap si A tanya dia ada mana kenapa tak join rumah terbuka tadi. Dia kata dia dah balik Selangor dari kelmarin lagi. Macam mana dia nak pergi rumah si M yang kat Penang ni.

Ahhh sudahhh sapa pulak yang aku nampak tadi tu??!

Kisah 2 : Awan Nano Hitam Menerjah Kegelapan Malam

Hari tu suami dan mak mertua nak hantar adik ipar aku balik institut kemahiran dia dekat satu kawasan ni agak dalam jugak tapi tak la pedalaman sangat. Aku boring so aku pun nak ikut jugak. So kami berempat bergerak la ke sana lepas asar. Bila maghrib baru kami sampai. Adik ipar duduk di rumah sewa yang disediakan pihak institut. Rumah sewa tu berada di kawasan ladang sawit. So kiri kanan tu menghadap kelapa sawit je lah. Dah setel barang2 salam2 semua kami balik…

Malam tu tidur la macam biasa. Tapi mak mertua aku ada jugak cakap dia tak boleh tido malam tu.

Tengah aku tido di samping mamat bernama suami, tiba2 je mata ku ni automatik terbuka. Korang bayangkan tengah lena sedap tiba2 terjaga buka mata luas2. Tak boleh tutup lak tu. Kami tido dalam gelap tapi ada jugak cahaya sikit2 dari lampu jiran sebelah di celah2 tingkap. Aku nampak ada macam segumpal awan hitam gelap gelemat tapi tak da bentuk, tengah terapung atas suami aku. Suami aku jenis tido terlentang macam mumia.

Benda tu terapung dan makin mendekati muka suami aku yang tengah dibuai air liur basi. Aku nak bergerak tak boleh, pejam mata tak boleh, cakap tak boleh, kepala aku macam dipaksa untuk tengok benda tu. Ahh sudah suami aku nak kena rogol ke apa.

Aku punya takut aku cuma mampu gedik2 kaki macam duyung lemas supaya terkena badan suami aku. Sambil tu aku nak jerit tapi yg bunyi cuma Erghhh Erghhhh ja. Nasib suami aku terjaga dek libasan duyung aku tadi tu dan Puffffff ! Benda tu hilang.

Berpeluh aku. Suami aku bangun dan dia kata dia pun ada rasa macam ada benda nak datang kat dia. Aku ni dah kecut tapi cover lagi. Kami baca Ayat Qursi dan apa yg patut, libas2 katil sikit dan baru boleh lena dengan aman..

Aku rasa benda tu datang dari ladang sawit tu. Sebab kami sampai situ betul2 waktu maghrib. Sebelum tido pulak kami tak baca apa2 ayat pelindung. Nasib baik tak jadi apa2 yang lebih teruk. Aku pun time tu suci dan segar bak Safi. Kalau aku period time tu mesti lagi naya.

Kejadian di Hospital Saat Mama Pergi Meninggalkan Kami

View Article

Kebolehan melihat alam lain selain manusia adalah bukan satu pekara yang semua manusia mampu dan menjadi satu keistimewaan if kau bole melihat mereka.

Cerita nya bermula ketika aku berumur 14tahun.Di takdirkan mama masuk hosptal sbb buah pinggang dia rosak n kena tebuk kt leher sbb doctor nk masukkn wayar ape tah.Keadaan hospital lama yg agak menyeramkan buat aku nak cpt keluar dri situ.Byk ari gak la duduk situ,bau hanyir hospital mmg buat aku x selesa.Yg aku pelik ada 4 katil dlm bilik 1, mana masuk mesti tak lame mana duduk mesti meninggal. Sorg demi sorg lastly tinggal je mama aku.Paham jelah kan kalau mlm2 mcm mana. Kejap2 org bilik sblah life support mesin dia stop so bunyi mesin tu pn dh seram. Then bila ada yg meninggal akan nampak diorg sorong mayat keluar..Pastu akan berganti pesakit baru.

Nak di jadikan crita blik sebelah tu ada sorg makcik cina bole di katakan dh uzur. Mama aku ckp smlm makcik tu dtg kat katil dia borak2 ckp” wa keluar dlu dari lu lepastu lu plak” .. alih2 ari ni dok meraung sakit.. Dh la mlm2 nurse dok cerita ade penampakkan kuntilanak kt wad bersalin..cissss . Lagi makcik cina ni dok meraung “adoii sakit”.serius klau korang dgr dia dok meraung sayu je mmg seram dh la dia dok meraung tu 1 hal tapi sbb aku penat sgt siang skola mlm jaga mama so aku last2 tertido..dlm pukol 1 lebih mama kejut aku nk ke bilik air..aku ikutkn je.

Utk pegi bilik air kena melalui beberapa bilik..kira lalu dpn bilik makcik cina tu dlu baru smpai toilet so aku sempat la tegur makcik tu..” u oke ke nyonya”..dia diam je..toleh kt aku pon tak..tak sahut pon. Dia ngadap tingkap je..selesai smuanya mama ckp dia nk demam x sedap bdn..kitaorg terlena..

dlm pukol 3 aku dgr ada suara lelaki dok kecoh2 rupenye kluarga makcik cina tu dtg ..rupenye makcik cina tu dh meninggal kul 1 lebih kata nurse kt situ..kitaorg bru tau..ayooookk terdiam kejap. Eh sape plak aku tegur td..

aku tgk je anak dia nanges2..that time aku dah ckp dlm hati ” terkena dah aku ni”aku jenguk bilik sblah diorg dok cabut2 wayar,bole plak nurse tu tarik kain yg tutup mayat ternmpk la muka makcik tu.. gelap n mata ke atas.. perghh berderau hati aku..aku terkejut jadi terkaku..tibe2 nurse ckp mama tibe2 darah dia drop 1 badan kejang mcm stroke terus tak sedarkn diri.

Kelam kabut la aku mana tekejut dgn apa aku nampak td.Doctor kata heart beat tak menentu,kejap drh tinggi kejap drop. Dlm hati aku x putus doa,1 fmly dah aku call. Ya allah dok elok je tadi..doctor kata be prepared. Hati aku hancur,sedih. Mula nak baca yassin tapi mcm hilang pertimbangan tak bole terima kenyataan. Aku tgk dada mama berombak. Ya allah..aku menangis sampai sakit kepala..kakak tgk aku dh mcm org gila..dia suro aku turun ke bawah tuk tenang kan diri..istifar ingt allah.Tekak rasa perit. Aku turun je, menonong rasa kosong..tuk beli makan minum dah lewat malam so mmg tade kedai yg buka so aku pegi kat mesin yg tekan air tu.. tuk pegi kt situ kena melalui bilik mayat.

Aku terduduk kt kerusi bila akak aku call ckp “ma dah tade dik,ko naik skrg!!!!!”.. aku diam. Tak nanges x apa.. aku jln terus tak tgk depan tiba tiba ada nurse pakai mask sekat aku. Dia tanye ” awak nak tgk mak awak ke,ikot sy ” aku pelik tgk nurse tu punya uniform.

Macam uniform lama. Sbb masa minggu lepas aku duduk situ aku suka jln2 lepas turun dri surau aku suka ke area arkib kat hospital tu so aku sempat tgk gambar2 lama.. sebijik mcm nurse tu pakai..

tapi aku tak tau kenapa aku bole relakan aje follow dia..seolah ada yg mengawal aku.Masa aku tgh jln follow nurse tu aku tgk kiri kanan jln arah bilik mayat . Aku jln je.. boleh tahan laju jgk nurse ni jln. Sampai kt lorong bilik mayat paksu call upenye dia nampak aku dari atas laju je jln nak ke mana kata dia.

Aku ckp nak tgk mama la.. pastu line termati. Langkah aku terhenti kt dpn bilik bertulis” mayat bukan islam & mayat reput “.aku nampak di balik pintu pintu nurse tu berjalan melepasi dinding tanpa perlu bukak..ya allah hanya tuhan je tau apa aku rasa time tu. Bertahun dah berlalu..tapi til now aku takkan lupa apa yg jadi.Aku redha kehilangan mama ,semua dah tertulis..meskipun kematiannya mendadak. Allah:(

Alfatihah tuk mama.